SELAMAT DATANG KE Dunia... DLara........... TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG.

Wednesday, 12 December 2012

Udang Galah lemak cili api

                                          udang galah



Bahan-bahan
5 atau 6 ekor udang galah
15 biji cili api (ikut cita rasa..kalau nak pedas lagi tambah)
1/2 inci kunyit hidup
2 batang serai-diketuk
1 1/2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 helai daun kunyit di siat
1 keping asam gelugor/keping
garam secukupnya

Cara-caranya:
- Bersihkan udang dan toskan.
- Tumbuk cili api bersama kunyit
- Masukkan ke dalam periuk, udang, serai, asam gelugor dan bahan yang ditumbuk tadi.
- Masukkan santan cair dan hidupkan api.
- Gunakan api sederhana kacau sehingga santan mendidih.
- Masukkan pula santan pekat dan daun kunyit.
- letak garam dan biarkan mendidih sekejap.
-siap untuk di makan.

No comments:

Post a Comment