SELAMAT DATANG KE Dunia... DLara........... TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG.

Friday 14 December 2012

Kuih abuk abuk

untuk minuman petang hari ini.....





Bahan-bahan:
2 cawan sagu biji.
1 cawan kelapa parut putih( nak letak lebih pun tak apa..ikut citarasa)
1 buku  gula melaka ( hiris/kerat kecil)
secubit garam.
1 daun pisang.
 Lidi penyemat ( kalau tak ada guna stapler pun boleh)

Cara-caranya:
-Basuh sagu dan toskan..
-Gaulkan sagu dengan kelapa. Tambahkan garam.
- Masukkan 3 sudu campuran sagu ke dalam  daun pisang. Kemudian letak gula melaka  ditengah dan bungkus..(ikut kreatif ya...buat lah macamana pun..)
- Kukus lebih kurang 10 minit. atau sampai masak

*sedap di makan panas panas....

No comments:

Post a Comment