SELAMAT DATANG KE Dunia... DLara........... TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG.

Monday, 18 February 2013

ikan Tenggiri masak singgang

untuk yang suka masakan ringkas main campak2 je....tapi sedap ....

Bahan-bahan:
1 ekor ikan tenggiri
1 batang serai
2 biji cili hijau –belah 4
satu labu bawang besar – dipotong kasar
3 ulas bawang merah -hiris nipis
2 ulas bawang putih - hiris nipis
5 biji cili padi -ketuk
1 inci halia - hiris 
3 keping asam keping
½ inci kunyit - hiris
garam
Cara-cara:
-Siang ikan, potong ikut suka bersihkan.
-Masukkan semua bahan  ke dalam periuk.Tambahkan air 
dan didihkan. Masukan cili hijau ,cili padi dan bawang besar dan asam keping.
- Masukkan ikan dan masak kira-kira 10 minit. Masukkan garam.secukup rasa
- sedia untuk di hidangkan....

No comments:

Post a Comment