8 ketul peha ayam (mana bahagian pun boleh)
garam dan kunyit ( utk goreng ayam )
15 tangkai lada kering -( nak pedas tambah lagi)
3 sudu tomato puri
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 batang serai (ketuk)
1 inci halia (ketuk)
1sudu air asam jawa
1 biji bawang besar di hiris bulat bulat
sedikit garam dan gula
Cara-cara
- Gaul ayam dengan garam dan kunyit dan goreng sehingga masak.
- kisar lada kering,bawang merah dan putih dan tumis sehingga cili masak. hingga garing.
- Masukkan tomato puri, sos tomato,sos cili, serai,halia,air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
- masukkan ayam yg telah digoreng dan bawang yg telah dihiris bulat bulat tadi.. kacau hingga sebati.
No comments:
Post a Comment