SELAMAT DATANG KE Dunia... DLara........... TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG.

Monday, 18 February 2013

ikan Tenggiri masak singgang

untuk yang suka masakan ringkas main campak2 je....tapi sedap ....

Bahan-bahan:
1 ekor ikan tenggiri
1 batang serai
2 biji cili hijau –belah 4
satu labu bawang besar – dipotong kasar
3 ulas bawang merah -hiris nipis
2 ulas bawang putih - hiris nipis
5 biji cili padi -ketuk
1 inci halia - hiris 
3 keping asam keping
½ inci kunyit - hiris
garam
Cara-cara:
-Siang ikan, potong ikut suka bersihkan.
-Masukkan semua bahan  ke dalam periuk.Tambahkan air 
dan didihkan. Masukan cili hijau ,cili padi dan bawang besar dan asam keping.
- Masukkan ikan dan masak kira-kira 10 minit. Masukkan garam.secukup rasa
- sedia untuk di hidangkan....

Wednesday, 6 February 2013

ayam masak merah



8  ketul peha ayam (mana bahagian pun boleh)
garam dan kunyit ( utk goreng ayam )
15 tangkai  lada kering -( nak pedas tambah lagi)
3 sudu tomato puri
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 batang serai (ketuk)
1 inci halia (ketuk)
1sudu air asam jawa
1 biji bawang besar di hiris bulat bulat
sedikit garam dan gula

Cara-cara
- Gaul ayam dengan garam dan kunyit dan goreng sehingga masak.
- kisar lada kering,bawang merah dan putih dan tumis sehingga cili masak. hingga garing.
- Masukkan tomato puri, sos tomato,sos cili, serai,halia,air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
- masukkan ayam yg telah digoreng dan bawang yg telah dihiris bulat bulat tadi.. kacau hingga sebati.

Saturday, 2 February 2013

ikan keli berlada

resepi hari ini ringkas, tapi menyelerakan....bahannya tak banyak
senang untuk di masak


Bahan-bahan
5 ekor ikan keli sederhana besar
1 sudu besar serbuk kunyit
sedikit garam
secubit gula
1 keping asam gelugur
1 biji bawang besar (cincang)
minyak untuk menumis
*25 biji cili api/padi (kalau nak pedas tambah lagi ikut suka)
*2 cm kunyit..
                       *dikisar / tumbuk

Cara-cara
-Bersihkan ikan keli. gunakan asam jawa atau limau nipis..untuk menghilangkan bau.
-Lumur ikan keli dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing dan ketepikan
-Tumiskan bawang besar hingga naik bau..masukkan bahan dikisar, gula dan asam  gelugur
 hingga garing.
-Tuang ke atas ikan keli yang di goreng tadi.