SELAMAT DATANG KE Dunia... DLara........... TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG.

Thursday, 10 January 2013

Masak lemak rebung bersama perut lembu





BAHAN-BAHANNYA:
1/2 kilo rebung
1/2 kilo perut lembu/babat
*4 ulas bawang merah
*1 ulas bawang putih
*15 - 20 biji cili padi (boleh di tambah kalau nak pedas lagi) 
*2 inci kunyit 
 1 biji kelapa (ambil santannya)
2 keping asam gelugur (keping)
2 batang serai- di ketuk
 garam
* di tumbuk atau di kisar halus

Cara memasak 
- Rebung dan perut di rebus hingga empuk..toskan airnya (periuk asing asing k..)
- masak  santan bersama bahan yang  ditumbuk, serai dan perut yg dah direbus tadi.
( Kacau selalu) 
- Bila mendidih.. masukkan rebung, asam keping dan garam
- Biarkan mendidih sekali lagi.. jangan lupa kacau selalu bertahi minyak lak kang..tak sedap)
-sedia untuk di makan.

No comments:

Post a Comment