SELAMAT DATANG KE Dunia... DLara........... TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG.

Tuesday, 8 January 2013

KUIH KOCI


kuih makanan petang hari ini.....







RESEPI kat bawah ni..untuk yang ingin mencuba...

BAHAN BAHANNYA; 

 UNTUK DOH:
250 gram tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam
1 1/2 cawan air

 UNTUK INTI:
1 biji kelapa berkulit basah (yg tidak terlalu tua)
1 ketul gula Melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
1/2 cawan air

BAHAN BAHAN LAIN:
Daun pisang  di potong empat segi  seeloknya 5x 5 inci
Minyak masak  (untuk disapu atas daun pisang)

 UNTUK INTI:
- Kelapa diparut ambil  putih je.
- Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air.
- Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. 
- Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit.
 -Angkat dan sejukkan.

 UNTUK DOH:
- Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas.
- Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut 
dan tidak melekat di dalam mangkuk adunan.
- Jika kurang air tambah sedikit lagi.

CARA MEMBUAT:
- Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti,tutup dengan doh..
- bungkus empat segi atau tiga segi.
- kukus selama 15 minit atau hingga masak...

No comments:

Post a Comment