SELAMAT DATANG KE Dunia... DLara........... TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG.

Tuesday, 1 January 2013

Bubur Putih Bubur merah

Salam...selamat Tahun baru 2013..
resepi pertama tahun baru...
bubur putih bubur merah..resepi orang lama
biasa di buat untuk peristiwa baik yang berlaku
tanda ke syukuran..




Bahan-bahan
300 gm beras pulut-di cuci bersih (gantikan dengan beras wangi pun boleh)
4 ketul gula melaka-di masak dgn 1 mangkuk air dan di tapis
2 cawan santan pekat
2 sudu mkn gula pasir
1 sudu teh garam
4-5 helai daun pandan
Secukup air utk tanak pulut


Cara-cara
-Tanak pulut dgn secukup air hingga kembang dan masukkan juga daun pandan.
-Masukkan santan,masak hingga sebati dan asingkan 4 atau 5 senduk pulut ke dlm mangkuk dan    tambah garam ke dlm(mangkuk)kacau rata.
-Masukkan gula melaka ke dlm pulut selebih nya kacau rata dan masak sekejap,kalau kurang manis tambah gula pasir.(ikut citarasa anda)
-Apabila sudah masak sendukkan bubur pulut merah tadi ke dlm mangkuk  dan senduk sedikit bubur pulut putih bubuh di atasnya
-Akhirkan sekali letak santan pekat sedikit....(tak nak letak pun tak apa...)



No comments:

Post a Comment