SELAMAT DATANG KE Dunia... DLara........... TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG.

Sunday 31 March 2013

Kek Baldu Merah@kek red velvet

sesekali bila bosan melanda....inilah jadi nya....tapi bila dah siap..
Pening-pening...siapa la nak makan.....



ada yang nak mencuba..dekat bawah ada resepinya...tak la rumit sangat seperti yang di sangka.



kek red velvet (Baldu Merah)
Bahan-bahan 
Bahan kering
2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula icing
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko 
Bahan basah
2 biji telur
1/2 cawan minyak minyak jagung
1 cawan buttermilk ( 1 cawan susu + 1 sudu besar cuka putih )
1 sudu kecil esen vanilla 
1 sudu kecil cuka putih
1 sudu besar pewarna merah

Cara-cara
-Panaskan oven 180'c
-Ayak bahan kering
-pukul semua bahan basah dengan mixer hingga kembang dan sebati
-Masukkan bahan kering ke dalam adunan bahan basah - gaul hingga sebati .
-Masukkan dalam acuan, bakar selama 45 minit atau hingga masak

No comments:

Post a Comment