SELAMAT DATANG KE Dunia... DLara........... TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG.

Tuesday 2 April 2013

sayur Turi Masak Lemak kuning


daun muda.. yang di buat sayur

pokok turi...

Bahan bahan
1 ikat daun turi (simpulkan.. )
*3 ulas bawang merah
*2 cili merah
*1 cm kunyit
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 biji ubi keledek
Sedikit ikan bilis
garam secukup rasa
kisar bahan yang bertanda *
Cara cara
- Masukkan santan cair, bahan  yang telah dikisar. Rebus bersama sama dengan ubi keledek dan ikan bilis sehingga ubi keledek empuk.
- Masukkan daun turi , santan pekat dan garam.
- biarkan seketika hingga semua sebati. Bolehlah diangkat dan di hidangkan..